Tips Cantik! 15 Cara Semulajadi Lebatkan Rambut

  • Trim Rambut Setiap 6-8 Minggu

Eh, makin nak panjang makin kena potong pula? Yes, trim 1/4 inci rambut setiap 6-8 minggu. Ianya penting untuk membuang hujung rambut yang rosak and of course rambut anda kelihatan sihat dan cantik!

  • Dapatkan Urutan Kulit Kepala

Minta tolong dari rakan baik anda untuk lakukan urutan di kepala. Urutan ini baik untuk melancarkan peredaran darah dan membuka folikel rambut. Hanya urutan lembut selama 30 saat memadai dan teknik ini berkesan setelah 4 hingga 6 minggu.

  • Gunakan Telur Putih Untuk Rambut Cepat Panjang

Tahukah anda putih telur berkuasa untuk melembutkan dan mengilatkan rambut. Hanya ambil telur putih untuk dijadikan mask dan tunggu beberapa minit sebelum bilas dengan air suam. Rambut anda akan 10 kali lebih sihat dan kuat – barulah rambut tumbuh dengan lebih cepat.

  • Minum Air Untuk Rambut Sihat

Air adalah cara semulajadi untuk mengeluarkan toksik didalam badan. Jika anda disiplin minum sebanyak 8 gelas air, bukan sahaja rambut tumbuh dengan sihat malah badan anda juga bertenaga. Rambut pun senang nak panjang.

  • Kurangkan Blow Dry Rambut

Udara panas dari pengering rambut boleh merosakkan rambut dengan cepat. Pastikan anda biarkan rambut kering secara semulajadi. Cara ini mungkin mengambil masa, tapi percayalah anda akan merasai perbezaannya.

  • Ambil Makanan Yang Tinggi Protein

Tahukah mengambil makanan tinggi protein membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Ikan, telur, pisang, nanas, mangga antara tinggi protein. So stop eating junk food and focus on healthy meals now!

  • Air Basuhan Kentang

Siapa yang ada rambut kering boleh cuba teknik ‘pelik’ ini. Masalah rambut kering berpunca dari kekurangan vitamin dan jangan pandang sebelah mata pada kentang, rupanya ia mempunyai vitamin B6, C dan tinggi antioksida. Cara penyediaan juga mudah anda hanya perlu bersihkan kentang dan blend. Ambil ekstra air kentang yang telah ditapis, lumur pada rambut dan bilas selepas 5 – 10 minit.

 

  • Jangan Kerap Cuci Rambut

Syampu rambut setiap hari menyebabkan rambut semakin rosak dan terdedah dengan bahan kimia. Wanista cadangkan, anda boleh cuci rambut anda dua atau empat kali seminggu. Lakukan secara berselang seli hari, dan kuantiti syampu yang sedikit. Cara ini melindungi rambut dan menguatkan lagi rambut.

  • Rawatan Perapi atau Conditioner

Tak lengkap membersih rambut anda dengan hanya bersyampu. Dapatkan juga rawatan perapi rambut di salon yang mana anda boleh minta pendapat pakar tentang masalah rambut. Penggunaan perapi boleh melembutkan rambut selepas bersyampu. Jika anda tidak mampu buat rawatan di salon, beli sahaja produk perapi yang ada dipasaran. Cuma pastikan lumur perapi dirambut sahaja dan jangan sapu dikulit kepala, ia boleh menyebabkan kulit kepala berkelemumur.

  • Minyak Essential

Biasanya minyak essential di sapu pada badan sahaja. Tapi pernahkan anda mencuba di rambut? Baik anda try sekarang, kebaikan dari minyak essential berkesan untuk memanjangkan rambut. Campurkan tiga titik minyak lavender, minyak rosemary dan dua titik minyak daun thyme, minyak cedarwood  dan bersama sedikit minyak jojoba.

  • Sapuan Aloe Vera

Siapa tak tahu 1001 kebaikan dari aloe vera. Cuma kali ini Wanista nak beri kelainan sikit teknik menggunakan aloe vera supaya rambut anda dapat penyerapan berganda. Ikat tocang rambut anda, hanya loose style kemudian campurkan gel aloe vera tersebut dengan telur. Sapu pada rambut dan biar lama sehingga 1 atau 2 jam. Makin lama dibiarkan, hasilnya lebih baik.

  • Basuhan Cuka Epal (Apple Cider Vinager)

Teknik ini bagus untuk membuka folikel rambut yang baharu, cuma bilas rambut anda dengan air cuka epal selepas bersyampu. Jika anda tidak tahan dengan bau cuka, boleh tambah minyak essential untuk hilangkan bau tersebut. Bila banyak folikel rambut terbuka maka bertambah lebat rambut anda.

  • Pakai Topi Atau Skaf

Kesan UV dari matahari sebenarnya boleh merosakkan rambut. Jika anda perlu menghadiri aktiviti luar, sediakan skaf atau topi. Jangan dedahkan rambut anda kepada terik matahari. Atau anda rimas untuk memakai dua item itu, sapu sahaja palm oil di rambut. Palm oil kaya dengan antioksida seperti vitamin A dan vitamin E yang merawat kerosakan kulit dan rambut.

  • Jangan Sikat Rambut Ketika Masih Basah

Kenapa tak boleh? Sebab apabila rambut didalam keadaan yang basah, ia mudah gugur kerana kulit kepala ketika itu lembab. Kalau di salon tak mengapa pula rambut basah disikat? Ishh..itu di salon, mereka basahkan rambut untuk mengetahui panjang rambut anda sebelum memotong. Jangan nak cari alasan, biar sahaja rambut anda kering sendiri dan keguguran rambut juga akan berkurangan.

  • Elakkan Stress

Bila rambut gugur kita sering kaitkan dengan stress bukan? Yup betul, stress boleh mengakibatkan rambut gugur serta rosak! Jadi jauhi stress dengan penuhi hari anda dengan aktiviti fun seperti kelas yoga, aerobik atau dapatkan tidur yang cukup. Rambut cantik, tuan punya badan pun berseri.

Anda tidak perlu mencuba kesemua teknik di atas. Pilih sahaja teknik yang bersesuaian dengan masalah rambut dan masa anda. Kalau rambut dah lebat, cantik dan berseri tu jangan lupa selfie tag dekat Wanista yer!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *